Dewan Nuqoba'

SALAM UKHUWWAH

Walpaper

KHILAFAH

Jom Berusrah

Eratkan Ukhuwwah

Cinta Allah Cinta Rasul

Wednesday 7 March 2012

SMKADG terajui STPM Terengganu...

(tengah) Abdul Rahim

Assalamualaikum...lama dah blog ni tak ber update...kali ni DN ingin bercerita tentang seorang pemimpin yang telah bersungguh sungguh menubuhkan Dewan Nuqoba' di SMKADG. Usaha beliau menubuhkan DN bagi memperkasakan sistem Usrah asrama SMKADG. Beliau yang bernama Abdul Rahim Abdullah, 20 tahun (2012), merupakan YDP Majlis Pemimpin Pelajar SMKADG telah menggiatkan diri sebagai pelajar dan pendakwah di SMKADG telah sekian lama. bermula pada tahun 2005, beliau memulakan langkah awal di Durian Guling, dan terus melanjutkan pelajaran beliau di SMKADG hingga Pra-U. Pada tanggal 7 Mac 2012, beliau dinobatkan pelajar STPM terbaik Terengganu dengan Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.00 dengan mendapat 4 prinsipal A dalam semua mata pelajaran. Ini adalah satu lagi bukti keberkesanan Tarbiah Usrah untuk melahirkan Kader yang hebat.

Perlantikan Watikah Pengawas

Majlis Perlantikan Watikah Pengawas 2011

NKI 2011

Ketika NKI 2011

Firman Allah, "jika engkau menolong Agama Allah, nescaya Allah akan menolongmu.."

Maka, DN mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pemimpin DN yang cemerlang dalam keputusan STPM dan SPM (yang akan datang), teruskan usaha anda sebagai pendakwah yang berkaliber berlandaskan AlQuran dan As Sunnah...dan Tahniah pada semua yang mengambil keputusan STPM pada hari ini...

Tuesday 7 February 2012

.:: TeRiMa Ka5iH aWAk ::.


satu kisah yang agak sedih, namun begitu fenomena ni selalu melanda muda mudi, melayani angan - angan nafsu hingga teringatkan perkara - perkara yang haram. Kami memuji bagi pihak yang membuat video yang cukup kreatif ini, namun perlu dilihat dari sudut pelbagai aspek. jika dilihat akan budaya kuning yang melanda remaja - remaja sekarang semuanya berpunca dari gerak nafsu yang sentiasa dihiasi dengan angan - angan yang dongeng sebegini rupa. Hasilnya, ramai muda mudi yang menggauli antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. batasan syariat yang telah ditetapkan. oleh itu, bagi pihak saluran media sebegini, haruslah mengambil inisiatif untuk mengajak anak - anak muda mudi hari ini menggemari Islam seadanya. Seunpamanya TH filem di you tube, TV alhijrah. Kami bukan menkritik hasil titik peluh anda, namun teramat rugilah kita sebagai seorang muslim tidak membuat sesuatu untuk agama kita. Jadi kami menyeru remaja agar sedar akan bencana dan bala yang telah melanda negara kita secara halus ini. Wallahua'lam..

Monday 6 February 2012

.:: OrANg GiLa SEbeNAR vs OrAnG GiLa BuAT2 ::.

.:: gambar hiasan ::.

sementara aku menunggu makan tgah hari dibungkus di sebuah kedai nasi ayam dekat bukit payong, terengganu aku terpandang seorang insan yang Allah kurniakan kepadanya keistimewaan dan kekurangan. melihatnya ketawa keriangan, bercakap sorang2, aku bermonolog "inilah insan paling bahagia..". tiba2 dia pandang kearah aku, aku pun melemparkan senyuman manis. kemudian dia melulu kearah aku. sampai dihadapan aku, dia menghulurkan tangan, aku menyambutnya dengan baik. dia memegang tanganku erat lalu dia berkata padaku, "Ustaz, tolong selamatkan Umat Islam yang kini berada dalam dunia yang haru biru.." (dalam loghat trg). aku terpana, tersedu, terharu mendengarkan kata2nya. dia melepaskan tanganku, pergi meninggalkanku sambil menyanyi lagu "Islam bagai air yang jernih, didalam bekas yang berdebu..". aku tertunduk, xpercaya dengan apa yang berlaku padaku. selesai makananku dibungkus, aku bertanya pada tauke kedai, siapa laki2 tu, tauke kedai tu pun xpernah mengenalinya. Aku terfikir, adakah perbualan aku tadi dengan manusia yang kurang warasnya atau dengan makhluk Allah yang lain??mgkin dia melihat perwatakanku yang berkopiah, lalu dia mengatakan sebegitu padaku. Pada hakikatnya, sesuatu yang Allah takdirkan ini mungkin untuk menyedarkanku daripada terus lagha.

*aku kembali bermuhasabah, jika orang gila mampu memikirkan keadaan ummah,dan cuba untuk mengubahnya, alangkah lebih gila bagi orang2 yang lansung tidak memikirkan hal ummah bahkan butakan mata, tulikan telinga akan kejadian ummah sekarang...Subhanallah! 

Sunday 5 February 2012

.:: i will give u money, but u must promise to me and Allah, no robbing again ::.


ROBBER : "i'm sorry, i have no job, i have no money and my family is starving..."
MUSLIM : "i will give u money, but u must promise to me and Allah, no robbing again.."

ROBBER : "i will..."


Inilah keindahan ajaran Islam jika semua penganutnya menghayatinya dengan sebaiknya. Nabi Muhammad sering dilempar duri, najis dan batu ketika keluar berdakwah oleh seorang Yahudi. Namun apabila Yahudi itu sakit, Nabi menziarahinya dan menunjukkan akhlak yang baik. Akhirnya, hati Yahudi itu diberikan hidayah oleh Allah lalu dia memeluk Islam di hadapan Nabi S.A.W. Itulah Muhammad Al-Amin. bersempena Maulud Nabi ini, marilah sama - sama kita mencontohi baginda S.A.W agar dunia akan memahami Islam adalah cara hidup yang sebenar. Insya Allah


Firman Allah 
~ "sesungguhnya pada setiap batang tubuh Nabi Muhammad itu dalah ikutan yang baik..~

.:: SeBUaH KEmbARa ::.

MUSAFIR DI DUNIA FANA

Hari-hari kita naik kereta untuk ke pelbagai destinasi jauh dan dekat, bila trafik sesak sikit kita merungut, bila kereta depan dipandu perlahan kita mudah marah - sebab mengganggu kelancaran perjalanan kita untuk sampai ke DESTINASI..

Selama kita hidup berapa banyak kali kita berMUSAFIR ? Berapa ratus ribu Kilometer kita dah tempuhi ? Pernah tak semua itu mengingatkan kita yang sebenarnya hidup di dunia ini kita diibaratkan seorang MUSAFIR yang sedang menuju ke satu destinasi yang sama iaitu negeri AKHIRAT..?

Pernahkah kita rasa SENSITIF terhadap bermacam TIPUDAYA dan FITNAH DUNIA hari ini yang 'menjejaskan' perjalanan kita ke destinasi AKHIRAT sebagaimana kita selalu sensitif terhadap kesesakan lalulintas dan ragam pemandu lain ketika bermusafir di atas jalanraya ?

Kita semua cenderung memikirkan tentang perjalanan hidup di dunia yang fana ini semata-mata kadang-kala terlupa untuk memikirkan tentang perjalanan sebenar kita sebagai hamba ALLAH menuju ke negeri abadi yang pasti kekal selama-lamanya..

Sama-samalah kita renungkan..



Friday 8 July 2011

KEPENTINGAN USRAH DALAM GERAKAN ISLAM

Tonggak kepada gerakan Islam ialah usrah. Tanpa usrah maka gerakan akan menjadi jumud dan tidak melahirkan generasi pelapis. Tanpa usrah yang betul maka tidak akan mencapai matlamat yang perlu ada pada mana-mana gerakan. Segala keputusan akan dapat dilaksanakan dengan baik apabila konsep usrah dipraktikkan dalam gerak kerja berjemaah.

Usrah juga bukan majlis ilmu semata-mata, tetapi majlis untuk meningkatkan komitmen dalam Islam dan usaha memperjuangkannya. Usrah juga merupakan majlis untuk membincangkan masalah organisasi dalam jemaah. Kesilapan memahami fungsi usrah menyebabkan perjalanannya lesu dan tidak bermaya. Ia juga tidak akan memberi apa-apa kesan pada peribadi dan juga pergerakan jemaah.

DEFINISI USRAH

Usrah bermakna keluarga. Rapatnya hubungan antara angota usrah menyebabkan kadang-kadang ia lebih akrab dari hubungan saudara sekeluarga.

Manakala istilah yang disebut oleh para ulama’ gerakan ialah individu Muslim yang beriman kepada Allah yang berusaha dalam membina fikrah Islam dalam diri dan peribadi Muslim. Berusaha untuk tolong menolong sesama mereka untuk memahami ajaran Islam dan melaksanakan amanah yang dipikulkan ke atas mereka dalam mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah serta menjauhkan diri dari pengabdian diri kepada manusia dan taghut.

Kesimpulannya, usrah adalah proses untuk mengikat hubungan yang lebih mantap di kalangan ahli jemaah bagi melakukan kerja Islam yang mencabar. Tegur-menegur antara sesama ahli dan nasihat-menasihati adalah asas kekuatan jemaah. Kemanisan berjemaah akan terasa apabila pelaksanaannya menepati kehendak usrah.

TUJUAN USRAH

Antara tujuan usrah ialah;

1. Mendidik hati para anggota untuk menjadi manusia yang taat kepada Allah Taala.
2. Menghubungkan anggota secara langsung dengan ajaran al-Quran dan as-Sunnah.
3. Mengiltizamkan anggota dengan akhlak al-Quran supaya dapat mematuhi perintah Allah dan menjauhi larangannya.
4. Menjadikan Rasul dan para sahabat sebagai ikutan seharian.
5. Berfikiran dan bertindak selari dengan apa yang diajar oleh Allah dan Rasul.
6. Sentiasa dapat bermulazamah dengan al-Quran dan al-Hadis.
7. Membentuk peribadi Muslim, keluarga Muslim dan masyarakat Muslim.
8. Melahirkan keikhlasan kepada Allah dalam setiap amalan.
9. Merapatkan ukhuwwahdan kasih sayang dalam kalangan anggota.
10. Menghidupkan budaya nasihat-menasihati.
11. Menanamkan semangat cintakan agama Allah.
12. Meningkatkan motivasi ahli yang menyertai usrah. Manusia hidup dengan cita-cita, harapan dan kepercayaan yang diyakini. Penekanan yang tepat kepada konsep keimanan kepada Allah dan Rasul akan melahirkan iltizam serta pengorbanan yang bersungguh-sungguh dan tidak kenal erti kecewa.
13. Membuka saluran komunikasi dalam sesebuah organisasi. Sistem usrah yang digunakan boleh mewujudkan sistem komunikasi yang baik di samping mewujudkan arahan sebutang (one button mobilisation)
14. Menguji bakat dan kebolehan anggota masing-masing.
15. Memahami peribadi anggota dengan lebih dekat seperti pemanas, pemurah, penakut, lembap, gopoh dan sebagainya.


RUKUN USRAH

1.Taaruf

Iaitu berkenalan sesama anggota, seperti nama, pekerjaan, umur, latar belakang pendidikan, latar belakang keluarga, tempat tinggal, pengalaman yang dilalui selama ini sehingga masing-masing merasakan bahawa setiap anggota adalah sebahagian daripadanya dirinya sendiri. Asas kepada gerakan dakwah ialah kasih sayang dan ia bermula daripada pengenalan yang mendalam antara dua saudara.

Oleh itu, taaruf hendaklah berkenal-kenalan serta berkasih sayang dengan semangat cintakan agama Allah. Taaruf ini hendaklah daripada dua belah pihak-memberi dan menerima.

Apabila pengenalan telah berputik maka ia akan menghasilkan buah yang baik dalam pergaulannya.

Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
” Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”

Sabda Rasulullah sollallahualaihiwasallam Dalam hadis yang lain;
” Orang muslim ialah saudara bagi muslim yang lain, ia tidak menzaliminya dan tidak akan membiarkannya”

Sabda Rasulullah Sollallahualaihiwasallam;
” Perbandingan orang-orang mukmin dalam erti kasih sayang mereka, dan dalam persimpatian mereka adalah laksana badan yang satu”

2. Tafahum

Saling bersefahaman sesama anggota dalam beramal dan bertindak.

Persefahaman ini penting kerana ikatan tidak akan dapat dibentuk sekiranya tidak ada persefahaman yang mantaap di kalangan anggota. Apabila persefahaman ini wujud maka segala nasihat-manasihati menjadi baik. Apabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.pabila persefahaman terpaut sesama anggata maka ia akan membuahkan kasih sayang antara mereka.Perasaan syak wasangka hilang, perasaan hasad dengki terhindar. Dua saudara tidak mengambil hati apabila ia di tegur oleh sahabat. Rukun tafahum ini berkait rapat dengan ukhuwwah kerana ukhuwwah tidak dapat dilaksanakan kecuali sudah ada persefahaman di kalangan mereka

3. Takaful

Dalam kumpulan usrah hendaklah ada perasaan tolong-menolong dan bantu-membantu dikalangan saudara yang lain dalam menghadapi apa sahaja suasana yang memerlukan bantuan normal dan material samada bersifat peribadi mahupun keluarga. Oleh itu, saudara hendaklah bersungguh-sungguh untuk memikul bebanan sesama sendiri. Dasar takaful ini merupakan tunjang iman dan intipati ukhuwwah sejati. Saudara hendaklah bertanya khabar, ziarah menziarahi dan berganti kebajikan dengan cara tolong-menolong antara satu sama lain. Jangan biarkan saudara seperjuangan terlantar tanpa apa-apa berita dan pembelaan.

Renunglah Hadis Rasulullah mengenai kelebihan perkara tersebut-bermaksud;
” Keluar seorang dari kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada beriktikaf selama sebulan dalam masjid aku,”

Friday 3 June 2011

SISTEM KHALIFAH DAN KHILAFAH

Khalifah (pemimpin tertinggi umat Islam sedunia) dan Khilafah (sistem pemerintahan Islam) memang bagian dari ajaran Islam yang fundamental dan termasuk bagian dari keimanan.
Pertanyaan berikutnya ialah, benarkah berbagai Khalifah dan Khilafah yang bermunculan saat ini benar adanya atau sudah terwujud? Atau hanya mimpi di siang bolong? Atau, adakah motifasi kepentingan dan keuntungan duniawi yang ingin dicapai oleh orang-orang dan atau kelompok tertentu dengan menggunakan baju Khalifah dan Khilafah, seperti halnya menggunakan baju Jama’ah, Bai’ah, Partai Islam, Negara Islam dan bahkan baju Kenabian?

Untuk mengurai persoalan tersebut paling tidak ada empat hal yang perlu dibahas :
1. Pengertian Khilafah dan Khalifah
2. Syarat-Syarat Khalifah
3. Sistem Pemilihan Khalifah dan,
4. Tugas dan Kewajiban Khalifah
1. Pengertian Khilafah dan Khalifah
Khilafaf dalam terminology politik Islam ialah sistem pemerintahan Islam yang meneruskan sistem pemerintahan Rasul Saw. dengan segala aspeknya yang berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah Rasul Saw. Sedangkan Khalifah ialah Pemimpin tertinggi umat Islam sedunia, atau disebut juga dengan Imam A’zhom yang sekaligus menjadi pemimpin Negara Islam sedunia atau lazim juga disebut dengan Khalifatul Muslimin.
Khalifah dan khilafah itu hanya terwujud bila :
1. Adanya seorang Khalifah saja dalam satu masa yang diangkat oleh umat Islam sedunia. Khalifah tersebut harus diangkat dengan sistem Syura bukan dengan jalan kudeta, sistem demokrasi atau kerajaan (warisan).
2. Adanya wilayah yang menjadi tanah air (wathan) yang dikuasai penuh oleh umat Islam.
3. Diterapkannya sistem Islam secara menyeluruh. Atau dengan kata lain, semua undang-undang dan sistem nilai hanya bersumber dari Syariat Islam yang bersumberkan dan berdasarkan Al-Qur’an dan Sunnah Rasul Saw. seperti undang-undang pidana, perdata, ekonomi, keuangan, hubungan internasional dan seterusnya.
4. Adanya masyarakat Muslim yang mayoritasnya mendukung, berbai’ah dan tunduk pada Khalifah (pemimpin tertinggi) dan Khilafah (sistem pemerintahan Islam).
5. Sistem Khilafah yang dibangun bukan berdasarkan kepentingan sekeping bumi atau tanah air tertentu, sekelompok kecil umat Islam tertentu dan tidak pula berdasarkan kepentingan pribadi Khalifah atau kelompoknya, melainkan untuk kepentingan Islam dan umat Islam secara keseluruhan serta tegaknya kalimat Allah (Islam) di atas bumi. Oleh sebab itu, Imam Al-Mawardi menyebutkan dalam bukunya “Al-Ahkam As-Sulthaniyyah” bahwa objek Imamah (kepemimpinan umat Islam) itu ialah untuk meneruskan Khilafah Nubuwwah (kepemimpinan Nabi Saw.) dalam menjaga agama (Islam) dan mengatur semua urusan duniawi umat Islam.
2. Syarat-Syarat Khalifah
Karena Khalifah itu adalah pemimpin tertinggi umat Islam, bukan hanya pemimpin kelompok atau jamaah umat Islam tertentu, dan bertanggung jawab atas tegaknya ajaran Islam dan ururusan duniawi umat Islam, maka para ulama, baik salaf (generasi awal Islam) maupun khalaf (generasi setelahnya), telah menyepakati bahwa seorang Khalifah itu harus memiliki syarat atau kriteria yang sangat ketat. Syarat atau kriteria yang mereka jelaskan itu berdasarkan petunjuk Al-Qur’an, Sunnah Rasul Saw. dan juga praktek sebagian Sahabat, khususnya Khulafaurrasyidin setelah Rasul Saw, yakni Abu Bakar, Umar, Utsman dan Ali, radhiyallahu ‘anhum ajma’in.
Menurut Syekh Muhammad Al-Hasan Addud Asy-Syangqiti, paling tidak ada sepuluh syarat atau kriteria yang harus terpenuhi oleh seorang Khalifah :
1. Muslim. Tidak sah jika ia kafir, munafik atau diragukan kebersihan akidahnya.
2. Laki-Laki. Tidak sah jika ia perempuan karena Rasul Saw bersabda : Tidak akan sukses suatu kaum jika mereka menjadikan wanita sebagai pemimpin.
3. Merdeka. Tidak sah jika ia budak, karena ia harus memimpin dirinya dan orang lain. Sedangkan budak tidak bebas memimpin dirinya, apalagi memimpin orang lain.
4. Dewasa. Tidak sah jika anak-anak, kerena anak-anak itu belum mampu memahami dan memenej permasalahan.
5. Sampai ke derajat Mujtahid. Kerena orang yang bodoh atau berilmu karena ikut-ikutan (taklid), tidak sah kepemimpinannya seperti yang dijelaskan Ibnu Hazm, Ibnu Taimiyah dan Ibnu Abdul Bar bahwa telah ada ijmak (konsensus) ulama bahwa tidak sah kepemimpinan tertinggi umat Islam jika tidak sampai ke derajat Mujtahid tentang Islam.
6. Adil. Tidak sah jika ia zalim dan fasik, karena Allah menjelaskan kepada Nabi Ibrahim bahwa janji kepemimpinan umat itu tidak (sah) bagi orang-orang yang zalim.
7. Profesional (amanah dan kuat). Khilafah itu bukan tujuan, akan tetapi sarana untuk mencapai tujuan-tujuan yang disyari’atkan seperti menegakkan agama Allah di atas muka bumi, menegakkan keadilan, menolong orang-orang yang yang dizalimi, memakmurkan bumi, memerangi kaum kafir, khususnya yang memerangi umat Islam dan berbagai tugas besar lainnya. Orang yang tidak mampu dan tidak kuat mengemban amanah tersebut tidak boleh diangkat menjadi Khalifah.
Sebab itu, Imam Ibnu Badran, rahimahullah, menjelaskan bahwa pemimpin-pemimpin Muslim di negeri-negeri Islam yang menerapkan sistem kafir atau musyrik, tidaklah dianggap sebagai pemimpin umat Islam karena mereka tidak mampu memerangi musuh dan tidak pula mampu menegakkan syar’ait Islam dan bahkan tidak mampu melindungi orang-orang yang dizalimi dan seterusnya, kendatipun mereka secara formal memegang kendali kekuasaan seperti raja tau presiden. Lalu Ibnu Badran menjelaskan : Mana mungkin orang-orang seperti itu menjadi Khalifah, sedangkan mereka dalam tekanan Taghut (Sistem Jahiliyah) dalam semua aspek kehidupan?
Sedangkan para pemimpin gerakan dakwah yang ada sekarang hanya sebatas pemimpin kelompok-kelompok atau jamaah-jamaah umat Islam, tidak sebagai pemimpin tertinggi umat Islam yang mengharuskan taat fil mansyat wal makrah ( dalam situasi mudah dan situasi sulit), kendati digelari dengan Khalifah.
8. Sehat penglihatan, pendengaran dan lidahnya dan tidak lemah fisiknya. Orang yang cacat fisik atau lemah fisik tidak sah kepemimpinannya, karena bagaimana mungkin orang seperti itu mampu menjalankan tugas besar untu kemaslahatan agama dan umatnya? Untuk dirinya saja memerlukan bantuan orang lain.
9. Pemberani. Orang-orang pengecut tidak sah jadi Khalifah. Bagaimana mungkin orang pengecut itu memiliki rasa tanggung jawab terhadap agama Allah dan urusan Islam dan umat Islam? Ini yang dijelaskan Umar Ibnul Khattab saat beliau berhaji : Dulu aku adalah pengembala onta bagi Khattab (ayahnya) di Dhajnan. Jika aku lambat, aku dipukuli, ia berkata : Anda telah menelantarkan (onta-onta) itu. Jika aku tergesa-gesa, ia pukul aku dan berkata : Anda tidak menjaganya dengan baik. Sekarang aku telah bebas merdeka di pagi dan di sore hari. Tidak ada lagi seorangpun yang aku takuti selain Allah.
10. Dari suku Quraisy, yakni dari puak Fihir Bin Malik, Bin Nadhir, Bin Kinanah, Bin Khuzai’ah. Para ulama sepakat, syarat ini hanya berlaku jika memenuhi syarat-sayarat sebelumhya. Jika tidak terpenuhi, maka siapapun di antara umat ini yang memenuhi persayaratan, maka ia adalah yang paling berhak menjadi Khalifah.
3. Sistem Pemilihan Khalifah
Dalam sejarah umat Islam, khususnya sejak masa Khulafaurrasyidin sepeninggalan sistem Nubuwah di bawah kepemimpinan Nabi Muhammad Saw. sampai jatuhnya Khilafah Utsmaniyah di bawah kepemimpinan Khalifah Abdul Hamid II yang berpusat di Istambul, Turkey tahun 1924, maka terdapat tiga sistem pemilihan Khalifah.
Pertama, dengan sistem Wilayatul ‘Ahd (penunjukan Khalifah sebelumnya), seperti yang terjadi pada Umar Ibnul Khattab yang ditunjuk oleh Abu Bakar.
Kedua, dengan sistem syura, sebagaimana yang terjadi pada Khalifah Utsman dan Ali. Mereka dipilih dan diangkat oleh Majlis Syura. Sedangkan anggota Majlis Syura itu haruslah orang-orang yang shaleh, faqih, wara’ (menjaga diri dari syubhat) dan berbagai sifat mulia lainnya. Oleh sebab itu, pemilihan Khalifah itu tidak dibenarkan dengan cara demokrasi yang memberikan hak suara yang sama antara seorang ulama dan orang jahil, yang shaleh dengan penjahat dan seterusnya. Baik sistem pertama ataupun sistem kedua, persyaratan seorang Khalifah haruslah terpenuhi seperti yang dijelaskan sebelumnya. Kemudian, setelah sang Khalifah terpilih, maka umat wajib berbai’ah kepadanya.
Ketiga, dengan sistem kudeta (kekuatan) atau warisan, seperti yang terjadi pada sebagian Khalifah di zaman Umawiyah dan Abbasiyah. Sistem ini jelas tidak sah karena bertentangan dengan banyak dalil Syar’i dan praktek Khulafaurrasyidin.
4. Tugas dan Kewajiban Khalifah
Sesungguhnya tugas dan kewajiban khalifah itu sangat berat. Wilayah kepemimpinannya bukan untuk sekelompok umat Islam tertentu, akan tetapi mecakup seluruh umat Islam sedunia. Cakupan kepemimpinannya bukan hanya pada urusan tertentu, seperti ibadah atau mu’amalah saja, akan tetapi mencakup penegakan semua sistem agama atau syari’ah dan managemen urusan duniawi umat. Tanggung jawabnya bukan hanya terhadap urusan dunia, akan tetpi mencakup urusan akhirat. Tugasnya bukan sebatas menjaga keamanan dalam negeri, akan tetapi juga mencakup hubungan luar negeri yang dapat melindungi umat Islam minoritas yang tinggal di negeri-negeri kafir. Kewajibannya bukan hanya sebatas memakmurkan dan membangun bumi negeri-negeri Islam, akan tetapi juga harus mampu meberikan rahmat bagi negeri-negeri non Muslim (rahmatan lil ‘alamin).
Secara umum, tugas Khalifah itu ialah :
1. Tamkin Dinillah (menegakkan agama Allah) yang telah diridhai-Nya dengan menjadikannya sistem hidup dan perundangan-undangan dalam semua aspek kehidupan.
2. Menciptakan keamanan bagi umat Islam dalam menjalankan agama Islam dari ancaman orang-orang kafir, baik yang berada dalam negeri Islam maupun yang di luar negeri Islam.
3. Menegakkan sistem ibadah dan menjauhi sistem dan perbuatan syirik (QS.Annur : 55).
4. Menerapkan undang-undang yang ada dalam Al-Qur’an, termasuk Sunnah Rasul Saw. dengan Haq dan adil, kendati terhadap diri, keluarga dan orang-orang terdekat sekalipun. (QS. Annisa’ : 135, Al-Maidah : 8 & 48, Shad : 22 & 26)
5. Berjihad di jalan Allah.
Kesimpulan
Dari uraian singkat di atas dapat disimpulkan :
1. Khilafah dan Khalifah dua hal yang saling terkait. Keduanya merupakan ajaran Islam yang fundamental. Menegakkan Khilafah dan memilih Khalifah hukumnya wajib. Semua umat Islam berdosa selama keduanya belum terwujud.
2. Khilafah belum terbentuk atau belum dianggap ada sebelum diangkatny seorang Khallifah yang memenuhi syarat-syarat yang disebutkan di atas, dipilih dan diangkat dengan sistem Syura umat Islam, dan mampu menunaikan tugas dan tanggung jawabnya sebagai pemimpin tertinggi umat Islam sedunia.
3. Khilafah bukan tujuan, akan tetapi adalah alat untuk menegakkan dan menerapkan agama Allah secara menyeluruh dan orisinil. Allahu a’lamu bish-shawab. (fj)


Kepastian Kembalinya Khilafah
Lepas dari realitas di lapangan yang kurang menggembirakan, di mana umat Islam saat in menjadi budak barat, kekayaan alam mereka dijarah, ekonomi mereka terpuruk, nilai mata uang mereka sangat rendah, hutang luar negeri merekabertumpuk tak terbayar, pemuda mereka dirusak, wanita mereka menjadi hamba syahwat, bahkan masih ditambah lagi dengan rombongan Islam liberal dan sebagainya, namunmasih ada harapan.
Kita masih menemukan satu hadits dari Rasulullah SAW yang cukup melegakan, yaitu kabar gembira dari beliau bahwa suatu saat, khilafah ini akan kembali terbentuk, bahkan dengan kualitasnya yang rasyidah itu.
Sabda Rasulullah saw, “Kemudian akan tegak Khilafah Rasyidah yang sesuai dengan manhaj Nabi”.
Namun tentunya khilafah ini tidak akan terbentuk begitu saja, bila hanya dengan doa dan diam saja. Atau hanya dengan bicara dan demonstrasi saja. Setiap umat Islam meski bersinergi untuk saling menguatkan dan saling menyokong semua upaya untuk kembali kepada khilafah Islamiyah.
Sebab setiap elemen umat punya potensi yang mungkin tidak dimiliki oleh saudaranya. Maka seruan untuk kembali kepada khilafah seharusnya bukan sekedar lips service, namun harus diiringi dengan kerja nyata, pembinaan dan pengkaderan 1,5 milyar umat, pendirian lembaga pendidikan dan sekian banyak pos-pos penting umat. Lantas diiringi juga dengan kebesaran hati, keterbukaan sikap serta jiwa kepemimpinan dunia Islam yang mumpuni.
Semoga Allah SWT memberikan kesempatan kepada kita untuk dapat menyaksikan beridirnya khilafah Islamiyah semasa kita hidup. Sungguh sebuah kepuasan yang dimpikan oleh dunia Islam selama ini. Amien.
Wallahu a’lam bishshawab wassalamu ‘alaikum warahmatullahi warabaraktuh.