Dewan Nuqoba'

SALAM UKHUWWAH

Walpaper

KHILAFAH

Jom Berusrah

Eratkan Ukhuwwah

Cinta Allah Cinta Rasul

Tuesday 7 February 2012

.:: TeRiMa Ka5iH aWAk ::.


satu kisah yang agak sedih, namun begitu fenomena ni selalu melanda muda mudi, melayani angan - angan nafsu hingga teringatkan perkara - perkara yang haram. Kami memuji bagi pihak yang membuat video yang cukup kreatif ini, namun perlu dilihat dari sudut pelbagai aspek. jika dilihat akan budaya kuning yang melanda remaja - remaja sekarang semuanya berpunca dari gerak nafsu yang sentiasa dihiasi dengan angan - angan yang dongeng sebegini rupa. Hasilnya, ramai muda mudi yang menggauli antara lelaki dan perempuan tanpa batasan. batasan syariat yang telah ditetapkan. oleh itu, bagi pihak saluran media sebegini, haruslah mengambil inisiatif untuk mengajak anak - anak muda mudi hari ini menggemari Islam seadanya. Seunpamanya TH filem di you tube, TV alhijrah. Kami bukan menkritik hasil titik peluh anda, namun teramat rugilah kita sebagai seorang muslim tidak membuat sesuatu untuk agama kita. Jadi kami menyeru remaja agar sedar akan bencana dan bala yang telah melanda negara kita secara halus ini. Wallahua'lam..

Monday 6 February 2012

.:: OrANg GiLa SEbeNAR vs OrAnG GiLa BuAT2 ::.

.:: gambar hiasan ::.

sementara aku menunggu makan tgah hari dibungkus di sebuah kedai nasi ayam dekat bukit payong, terengganu aku terpandang seorang insan yang Allah kurniakan kepadanya keistimewaan dan kekurangan. melihatnya ketawa keriangan, bercakap sorang2, aku bermonolog "inilah insan paling bahagia..". tiba2 dia pandang kearah aku, aku pun melemparkan senyuman manis. kemudian dia melulu kearah aku. sampai dihadapan aku, dia menghulurkan tangan, aku menyambutnya dengan baik. dia memegang tanganku erat lalu dia berkata padaku, "Ustaz, tolong selamatkan Umat Islam yang kini berada dalam dunia yang haru biru.." (dalam loghat trg). aku terpana, tersedu, terharu mendengarkan kata2nya. dia melepaskan tanganku, pergi meninggalkanku sambil menyanyi lagu "Islam bagai air yang jernih, didalam bekas yang berdebu..". aku tertunduk, xpercaya dengan apa yang berlaku padaku. selesai makananku dibungkus, aku bertanya pada tauke kedai, siapa laki2 tu, tauke kedai tu pun xpernah mengenalinya. Aku terfikir, adakah perbualan aku tadi dengan manusia yang kurang warasnya atau dengan makhluk Allah yang lain??mgkin dia melihat perwatakanku yang berkopiah, lalu dia mengatakan sebegitu padaku. Pada hakikatnya, sesuatu yang Allah takdirkan ini mungkin untuk menyedarkanku daripada terus lagha.

*aku kembali bermuhasabah, jika orang gila mampu memikirkan keadaan ummah,dan cuba untuk mengubahnya, alangkah lebih gila bagi orang2 yang lansung tidak memikirkan hal ummah bahkan butakan mata, tulikan telinga akan kejadian ummah sekarang...Subhanallah! 

Sunday 5 February 2012

.:: i will give u money, but u must promise to me and Allah, no robbing again ::.


ROBBER : "i'm sorry, i have no job, i have no money and my family is starving..."
MUSLIM : "i will give u money, but u must promise to me and Allah, no robbing again.."

ROBBER : "i will..."


Inilah keindahan ajaran Islam jika semua penganutnya menghayatinya dengan sebaiknya. Nabi Muhammad sering dilempar duri, najis dan batu ketika keluar berdakwah oleh seorang Yahudi. Namun apabila Yahudi itu sakit, Nabi menziarahinya dan menunjukkan akhlak yang baik. Akhirnya, hati Yahudi itu diberikan hidayah oleh Allah lalu dia memeluk Islam di hadapan Nabi S.A.W. Itulah Muhammad Al-Amin. bersempena Maulud Nabi ini, marilah sama - sama kita mencontohi baginda S.A.W agar dunia akan memahami Islam adalah cara hidup yang sebenar. Insya Allah


Firman Allah 
~ "sesungguhnya pada setiap batang tubuh Nabi Muhammad itu dalah ikutan yang baik..~

.:: SeBUaH KEmbARa ::.

MUSAFIR DI DUNIA FANA

Hari-hari kita naik kereta untuk ke pelbagai destinasi jauh dan dekat, bila trafik sesak sikit kita merungut, bila kereta depan dipandu perlahan kita mudah marah - sebab mengganggu kelancaran perjalanan kita untuk sampai ke DESTINASI..

Selama kita hidup berapa banyak kali kita berMUSAFIR ? Berapa ratus ribu Kilometer kita dah tempuhi ? Pernah tak semua itu mengingatkan kita yang sebenarnya hidup di dunia ini kita diibaratkan seorang MUSAFIR yang sedang menuju ke satu destinasi yang sama iaitu negeri AKHIRAT..?

Pernahkah kita rasa SENSITIF terhadap bermacam TIPUDAYA dan FITNAH DUNIA hari ini yang 'menjejaskan' perjalanan kita ke destinasi AKHIRAT sebagaimana kita selalu sensitif terhadap kesesakan lalulintas dan ragam pemandu lain ketika bermusafir di atas jalanraya ?

Kita semua cenderung memikirkan tentang perjalanan hidup di dunia yang fana ini semata-mata kadang-kala terlupa untuk memikirkan tentang perjalanan sebenar kita sebagai hamba ALLAH menuju ke negeri abadi yang pasti kekal selama-lamanya..

Sama-samalah kita renungkan..