Dewan Nuqoba'

SALAM UKHUWWAH

Sejarah Penubuhan

   Pada tahun 2010 selepas bertapaknya usrah dibumi Durian Guling,usrah dikecapi oleh semua pelajar.Usrah disertai tidak kira umur dan jawatan,tidak kira senior atau junior,tidak kira muslimin atau muslimat,semuanya terlibat dengan sunnah perjuangan yang ditinggalkan oleh Rasulullah S.A.W ini.
   Hadirnya sunnah ini mendatangkan beribu-ribu kebaiakan akan tetapi dilihatkan sistem perjalanannya kurang memberangsangkan,oleh yang demikian,kami sebagai orang yang diberi amanah berkumpul dan bermesyuarat untuk mencari jalan penyelesaiaannya.Kami berbincang segala masalah daripada A hingga Z dan daripada no.1 hingga ke akhirnya.Pelbagai penyelesaiaan demi penyelesaiaan dibuat dan terhasilnya pelbagai idea untuk melangsaikan perselisihan demi perselisihan ni.
  Dengan idea ini terhasilah pembaharuan dan penambahbaikan untuk kebaikan sistem ini.Kami melihat pada masa dan waktu. Kami memikirkan dan bercadang agar  sebahagian daripada keputusan itu dilaksanakan pada tahun tersebut dan sebahagian lagi pada tahun 2011.

  Masa silih berganti dan telah berlalunya 2010 dan tibanya 2011.Segala idea akan direalitikan.Maka pada tahun 2011 yang mulia inilah tertubuhnya persatuan yang kami namakan akan dia DEWAN NUQOBA' dengan mengharapkan segala objektif yang telah dicadangkan tercapai.  THE END