Dewan Nuqoba'

SALAM UKHUWWAH

Friday 3 June 2011

SEJARAH USRAH

Bismillahirahmanirahim.

Alhamdulillah, Allah telah membuka hati-hati ini untuk terus berada didalam lingkungan yang diredhai-NYA, Insya Allah. MISI merupakan salah satu platform yang memberikan banyak ilmu-ilmu dan perkongsian yang bermanfaat dan menambahkan keyakinan kita diatas jalan yang kita harungi.

 Sejarah mengajar kita tentang pelbagai perkara. Sejarah mengenalkan kita tentang asal-usul sesuatu perkara agar kita lebih kukuh dan teguh berpegang dengannya. Pepatah melayu menyebut, ‘Tak kenal maka Tak cinta’, juga telah dinaik-tarafkan menjadi ‘Tak Kenal Maka Taaruf”


Bagaimana kita mahu cinta pada usrah, seandainya kita tidak mengenali asal-usul usrah itu? Adakah salah Naqib, Naqibah dan ahli-ahli usrah yang lain sekiranya kita merasakan tidak betah untuk terus bersama di dalam usrah?

Sistem usrah yang kita lalui pada hari ini asalnya merupakan hasil usaha yang telah diperkenalkan oleh Imam Hassan Al-Banna, seorang tokoh ulama yang tidak asing lagi dalam pengetahuan kita semua. Usrah telah diformulakan dari apa yang Rasulullah s.a.w. bawa dalam perjalanan da'wah dan tarbiyyah. Usrah bukanlah bid’ah kerana konsep yang digunakan oleh Imam Hassan Al-Banna lebih kurang sama dengan apa yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w sendiri.

Sejak tahun 1906 sehingga 1949, dunia telah berubah dan perkembangan dakwah juga berubah. Tetapi, Matlamat dakwah itu tidak pernah berubah! Iaitulah untuk mengembalikan dan menegakkan Islam seperti mana sepatutnya di muka bumi.

Pada peringkat permulaan, Imam Hassan Al-Banna bergerak secara perseorangan sebelum disertai pula oleh pemuda-pemuda yang tepanggil untuk berjuang bersama Imam Hassan Al-Banna. Beliau bergerak selepas kejatuhan sistem pemerintan Khilafah kerana melihat umat Islam ketika itu sudah kehilangan identiti dan Islam pula semakin hanyut ditelan evolusi dunia.

Dari situlah bermulanya sistem usrah. Matlamat usrah adalah untuk mencari keredhaan Allah dan juga merupakan salah satu JIHAD dalam mengembalikan Islam di mata dunia.



Kenapa dakwah memerlukan kepada usrah? Dakwah adalah wajib untuk mendirikan Agama Islam. Seperti mana yang telah disebutkan dalam surah Ali-Imran ayat 104:

“Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya”

Tidakkah kita mahu berkongsi rasa gembira dan seronok berada didalam Islam kepada keluarga kita, rakan-rakan kita dan masyarakat amnya? Adakah kita hanya mahu menyimpan dan memendam rasa gembira itu tanpa perlu mengkhabarkannya kepada seluruh dunia? Logik fitrah manusia, ini tidak akan berlaku. Kita akan mencanangkan kepada seluruh dunia betapa kita hari ini gembira.

Begitu jugalah halnya dengan usrah. Kita berkongsi apa yang kita ada kepada ahli usrah kita agar mereka turut rasa apa yang kita rasa. Dengan harapan, semoga kita dapat menyampaikan dan mengajak rakan-rakan kita agar turut sama berada dalam usrah.





Usrah terbentuk dengan adanya Murabbi dan mutarabbi dan terdiri daripada tiga rukun iaitu Taaruf; saling mengenali & berkasih sayang kerana Allah. Apabila kita saling mengenali akan timbul rasa kasih diantara kita, tidak susah untuk kita berkorban dan mengikut arahan murabbi kita kerana kita tahu bahawa murabbi kita sayang kepada kita. Tafahum; muhasabah diri, nasihat bila silap, terima nasihat dgn hati terbuka, simpan rahsia kekurangannya, tetap hormati dan mengasihinya walau mempunyai keaiban. Takaful ; saling membantu dan memikul masalah serta tanggungjawab bersama, saling bertanya khabar dan bersegera membantu pihak yang memerlukan.

Merujuk kepada ketiga-tiga rukun usrah di atas, tidak akan timbul rasa tidak senang berada di dalam usrah apabila kita dapat mengamalkan keinginan untuk berkongsi rasa dan saling hormat-menghormati sesama ahli usrah.

Usrah yang membina adalah usrah yang terdiri daripada golongan-golongan yang ingin membina diri mereka dan akan sama-sama membantu membina pula masyarakat di sekeliling mereka. Dalam pada kita hendak mengajak dan mendidik, kita akan berhadapan dengan pelbagai cabaran kerana kita berdepan dengan manusia yang mempunyai pelbagai ragam. Oleh itu, kita harus mempersiapkan diri dengan bukan sahaja ilmu islami, tetapi juga dengan seni-seni tentang cara untuk melenturkan hati-hati manusia ini.

Usrah bukanlah tempat untuk kita menarik orang untuk mengikut kita, tetapi ianya merupakan medium untuk menarik mereka mengikuti ISLAM. Usrah dibawa untuk memastikan Islam yang dipegang bukan lagi hanya menjadi mainan buah mulut manusia, tetapi diaplikasikan sepenuhnya dalam kehidupan seharian. Seronoknya Islam kerana AMAL. Usrah itu membuktikan bahawa hanya dengan mengamalkan perintah Allah dan menjauhi larangannya, kita akan merasa manisnya Islam.

Tertarik dengan kata-kata penceramah; “Saya ajak awak ikut usrah. Saya tak ajak awak ikut saya. Kalau suatu hari nanti saya futur, awak jangan ikut futur.” Kesimpulannya, kita perlu jelas, yang kita ikut itu bukanlah naqib atau naqibah kita, tetapi Islam yang syumul.

Wallahu’am

0 comments:

Post a Comment